Penubuhan KRT@SRS – Mohon Bimbingan & Tunjuk-Ajar

Salam Sejahtera,

Untuk makluman saudara, saya telah menghantar sepucuk email kepada KRT Zon Pasir Gudang berkenaan Unit Ronda Kita, berikut adalah sisipan email tersebut.

From: shah rizal setiausaha.pppkm@gmail.com

To: Krtzonpg@gmail.com
Cc: general.pppkm@gmail.com
Date: Thu, Oct 22, 2009 at 3:49 PM

Subject: Penubuhan KRT@ SRS – Mohon Bimbingan & Tunjuk-Ajar

Assalamualaikum,

Saya merupakan setiausaha kepada Persatuan Penduduk Pulasan Zon C (PPPKM), Taman Kota Masai yang telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan dibawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan bahawa nombor pendaftarannya adalah 0466-09-JHR pada 24 March 2009.

Persatuan ini bergerak aktif dalam menyatupadukan dan memupuk semangat perpaduan, persahabatan, persefahaman dan kejiranan di antara ahli-ahli Persatuan khasnya dan Penduduk setempat amnya.

Persatuan ini juga telah menubuhkan Unit Ronda yang merupakan satu cabang di bawah Persatuan PPPKM. Pada awal penubuhannya ia telah di letakkan di bawah Unit Ronda Masjid At-Taqwa, Kota Masai, sewaktu ditubuhkan pada 4hb April 2007. Unit Ronda PPPKM ini ditubuhkan bertujuan bagi merealisasikan matlamat negara memupuk satu masyarakat gemilang & terbilang di bawah satu dasar undang-undang dan kerukunan di samping menjaga kerukunan dan keamanan kawasan kejiranan daripada sebarang kegiatan negatif. Jadual Rondaan adalah pada setiap hari sabtu bermula dari jam 12:00am sehingga ke pukul 04:00am.

Tujuan utama saya menulis email ini adalah untuk mengetahui bagaimana caranya agar Unit Ronda ini boleh diserap masuk sebagai unit KRT setempat @ SRS yang diberikan peruntukan bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan. Bantuan dan bimbingan daripada pihat tuan amat-amat dihargai.

Yang Benar,

untitled


About these ads

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: